Perantisan Akademi Solar
Akademi Solar kini menawarkan program BIASISWA PENUH selama setahun bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Program ini adalah gabungan latihan teori bilik darjah selama 3 bulan & latihan praktikal bekerja selama 3 bulan, serta 6 bulan latihan amali di industri suria.
Biasiswa Penuh ini adalah termasuk Pendidikan, Pensijilan, Makanan dan Penginapan 100% PERCUMA.
Rakan Kongsi Kami
100 Slot
Bilangan pelajar
Januari 2025
Tarikh mula program
Disember 2025
Tarikh tamat program
Program Akademi Solar
- Tenaga Solar
- Pemasangan Solar
- Pendawaian Solar
- Pemasangan Lampu Solar
- Pemasangan Pengecas Kenderaan Elektrik – EV (Electric Vehicle)
- Penyelenggaraan dan Pengurusan stor
- Pembangunan Sahsiah & Kepimpinan
- Pembelajaran Profesional dan Siap Siaga Untuk Bekerja
- Kemahiran Digital
- English
- Kemahiran Dron
- Penjualan Solar / Operasi / Pentabiran
Butiran Program
3 Bulan Pertama
Pembelajaran di Akademi SOLS - 5 hari / seminggu.
3 Bulan Seterusnya
2-3 hari latihan praktikal / seminggu.
Penempatan Kerja
Pelajar yang telah menamatkan pembelajaran dan layak akan ditempatkan di Solar Industri untuk menjalani latihan amali selama 6 bulan, yang berlangsung 5 hari seminggu dan akan menerima elaun sebanyak RM500-RM800 sebulan (termasuk tempat tinggal dan makanan). Pelajar yang telah menamatkan pengajian dan layak, akan ditawarkan kerja dengan gaji bulanan minimum berjumlah RM1,500 hingga RM1,800.
- Perantisan Jualan solar
- Perantisan solar
- Perantisan pemasangan solar
Sepenuh Masa Program
Makanan dan Hostel Disediakan.
RM 20 elaun
Elaun diberikan setiap hari sewaktu latihan praktikal.
Penerbangan sehala ke Kuala Lumpur
Biasiswa Penuh termasuk pembiayaan penerbangan sehala sebanyak RM 300 maksimum kepada pelajar yang berasal dari Sabah & Sarawak sahaja.
Siapa yang layak menyertai program ini?
Syarat Kemasukan:
- Pelajar daripada kategori keluarga yang berpendapatan rendah B40.
- Remaja lelaki berumur 18 hingga 30 tahun.
- Berminat dan komited untuk membangunkan kemahiran serta melengkapkan keseluruhan program bagi meneruskan kerjaya dalam industri tenaga boleh diperbaharui
Dokumen Perlu Ada:
- Salinan kad pengenalan pelajar.
- Salinan kad pengenalan Ibu bapa / Penjaga.
- Gambar digital.
Proses Pemilihan:
- Borang permohonan yang diterima akan disemak.
- Hanya pelajar yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
- Pelajar terpilih akan diberitahu melalui aplikasi WhatsApp.
- Berikan pengesahan akhir.
- Hadir ke lokasi pada tarikh yang ditetapkan.
Untuk Pelajar Akademi Solar
Deposit
Deposit sebanyak RM 50 akan dikenakan kepada pelajar bagi aktiviti kokurikulum yang tidak wajib, lawatan klinik, dan sekiranya mereka perlu membayar ganti rugi bagi kehilangan / kerosakkan barang-barang kecil.
Baki akan dipulangkan kepada pelajar apabila mereka menamatkan program, dan ibu bapa/penjaga/pelajar perlu menambah jumlah tersebut sekiranya tidak mencukupi sebelum program tamat
Sila Ambil Perhatian
Adalah mandatori bagi semua pelajar untuk melengkapkan semua jenis kelas, bengkel dan peperiksaan yang telah ditetapkan oleh program ini untuk menerima sijil tamat pengajian.
Tempoh program mungkin berbeza mengikut keadaan, pelajar dan keluarga mereka akan dimaklumkan jika terdapat sebarang perubahan.
Kesihatan & Keselamatan
Akademi Solar akan memastikan SOP WAJIB akan disediakan bagi pencegahan Covid-19. Satu bilik akan disediakan sekiranya kuarantin diperlukan. Pengangkutan ke klinik dan prosedur ujian Covid-19 yang akan dibantu, jika perlu.
Barang Yang Perlu Dibawa
- Pinggan
- Sudu & Garfu
- Cawan & Mangkuk
- 2 Helai Cadar
- Selimut
- Bantal & Sarung Bantal
- Baldi & Tuala
- Sabun & Shampu
- Ubat Gigi & Berus Gigi
- 1 Pasang Pakaian Formal
- Kasut Bertutup / Kasut Sukaan
- Selipar
Peraturan Akademi
Pelajar Perlu:
- Menghadiri semua kelas, bengkel dan acara yang diaturkan.
- Menepati masa untuk semua kelas, bengkel dan acara.
- Menyiapkan semua kerja rumah dan tugasan yang diberikan tepat pada masanya.
- Memberitahu guru-guru dengan kadar segara jika pelajar tidak sihat dan mengemukakan sijil perubatan yang sah jika tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.
- Menyimpan alat tulis, buku dan dokumen dengan kemas dan menjaga barang milik pelajar sepanjang masa.
- Menghormat harta dan hak milik Akademi dan menjaga barang tersebut dengan cermat.
- Mendapatkan kebenaran dari guru-guru sebelum meninggalkan bangunan akademi.
- Memberitahu ibu bapa untuk menghubungi guru untuk mendapatkan kebenaran meninggalkan bangunan akademi.
- Memulangkan barangan milik Akademi Solar kepada guru-guru sebelum meninggalkan/tamat Akademi.
- Melayan guru, pengurusan, ketua murid, pihak luar dan rakan-rakan pelajar yang lain dengan hormat dan bermaruah.
- Mengikuti kalender tahunan dan peperiksaan Akademi Solar apabila merancang untuk bercuti.
- Sekiranya seorang pelajar berhutang wang kepada Akademi atau guru-gurunya, sijil hanya akan dikeluarkan sebaik sahaja bayaran hutang dibuat.
Pelajar tidak boleh:
- Dilarang merokok / vape di dalam premis atau di persekitaran SOLS 24/7. Amaran (sebanyak 3 kali) akan diberikan sebelum tindakan keras diambil seperti dikeluarkan dari asrama.
- Dilarang meminum minuman keras seperti arak di dalam premis atau di persekitaran SOLS 24/7. Jika tertangkap, tindakan keras diambil seperti dikeluarkan dari asrama.
- Dilarang menggunakan sebarang jenis ubat terlarang / dadah. Jika tertangkap, tindakan keras diambil seperti dikeluarkan dari asrama dan laporan polis akan dibuat.
- Tindakan buli, diskriminasi, seksisme atau perkauman TIDAK AKAN diterima.
- Tiada bahan lucah dibenarkan di bangunan SOLS 24/7.
- Sebarang keganasan fizikal adalah dilarang sama sekali di bangunan SOLS 24/7.
- Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa kelas berlangsung dan semasa waktu bekerja pada hari Isnin hingga Jumaat.